Rindu?
Rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang
berhati nurani punya rasa rindu.
Cinta dan rindu itu bermula dari Adam dan Hawa. Dikisahkan
Yusuf dan Zulaikha. Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah. Diperikan Romeo dan
Juliet. Diceritakan oleh Rama dan Sita. Dilakonkan oleh Laila Majnun. Kini,
kita pula meneruskannya.
Sungguh bahagia org yg telah menemukan cinta dan rindu
sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terjaud menjadi untaian yang akan
selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta
kepada RabbNya.
Hijrah itu penawar. Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu
daripada dirimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih
baik.
Kita tak boleh bergantung dgn usaha atau kebijaksaan kita
saja. Serahkan urusan selebihnya pada Allah. Orang yg pernah bersama Allah
takkan bersendirian.
Kepada wanita2 yang selalu kesepian dan tertekan, ketahuilah
memang takkan ada kisah yg sempurna tapi Allah selalu memberi kasih yg sempurna
pada setiap kisah kita. Dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah org lain,
sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah daripada sesiapa pun.
Dalam Islam apakah kita tidak boleh menyatakan cinta?
Boleh. Tapi tidak penting. Tidak sepenting bukti sebenar
cinta. Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai
dengan perbuatan. Agar ia rasa terselamat dan terhormat.
Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita
ingin mendapatkannya dahulu. Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta
padanya. Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat kita bersama
dengannya.
Apa yang Allah buat bila DIA rindu pada hambaNYA?
Allah akan kirimkan hadiah yg istimewa melalui malaikat Jibril
yg isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui malaikat
Jibril, “Pergilah kepada hambaKU dan kirimkanlah ujian kepadanya. Sseungguhnya
aku rindu akan rintihannya.”
Yg paling jauh bukanlah matahari, bukan juga bulan ataupun
bintang. Tapi masa yg berlalu dan takkan kembali lagi. Yang kita ada Cuma hari
ini. Hari esok belum tentu lagi untuk kita.
Permintaan Iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan,
inikan pula kita hambaNya yang kekurangan. Berdoalah pada Allah, tiada yg mampu
menolak takdir kecuali dengan doa. Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari
berubah hanya kerana doa. Allah makbulkan doa hambaNya yg bersungguh2 berdoa.
Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta.
Cinta yg akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita
sedar, cintamu kepadaNya akan membuatkan penantianmu tidak sia-sia.
Andai kita ada kemampuan, jangan hampakan harapan orang.
Nanti Allah Taala akan sekat apa yang kita inginkan.
Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku
dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini
menjadi suka apa lagi cinta kepadanya.
Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila
awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang
saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.
Tidak semua yang kita mahukan akan kita miliki. Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya.
Hidup ini akan aku teruskan. Biarlah Allah yang menyusunnya
dengan sebaik-baik keindahan.