ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdullilah selesai sudah rombongan merisik dan juga majlis pertunangan pada hari yang sama.. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan saudara2 yang turut sama membantu dan hadir memeriahkan majlis.. semoga ikatan kekeluargaan yang bakal di bina ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt..
mari sini saya cerita kisah saya..
macam2 persiapan masa hari pertunangan, banyak kepada ,mak dan adik kedua ku yang urus semua persiapan.. sebab saya kerja.. nak ambik cuti lama pon tak boleh.. risau sebab kena jaga kerja jugak orang kata..
pertunangan di buat dengan serba ringkas shj.. orang pun tak jemput ramai mana.. tapi majlis begitu meriah dengan datang nyer saudara2, sepupu dan kawan2 meriahkan majlis saya.seminggu sebelum hari pertunangan saya orang paling risau sekali.. yelah persiapan contoh belah lelaki masih xbeli cincin lagi, belah saya pulak mak masih rahsia2 kan tema baju tunang dengan hantaran. alahai.. kenapa semua nak suprise2.. risau laa...
mak pun bagi tahu mak datang rawang.. ada kenduri rumah makcik saya.. saya pun pergi lah dengan bakal tunang saya masa tu.. pergi sekali dgn mak dia dan anak buah dia.. padahal sendiri punya majlis lagi seminggu nie.. boleh relex lagi.. tapi orang kata dugaan sebelum tunang tu teruk sangat2.. saya hampir setiap hari bergaduh perang dunia tak hAbis2.. ya allah.. geram sangat2.. tak tahu kenapa dengan peragai saya dan dia masa tu...
ada sampai sehari lebih tak hubung... masing2 usha dp n last seen ws je... tapi ego nak contct.. alahai..rinsu sangat dengan encik tunang masa tu.. lama-lama slow down saya mengalah.. mintak maaf sebab gaduh.. last tuuu baru baikk... lagi 4 hari nak tunang.. malam tu jugak tergesa-gesa carik cincin tunang n merisik.,. hahaha kesian kan.. semua nak kejutan.. carik punya carik alhamdulillah.. dapat jugak...
majlis pertunangan hari ahad.. pada 27.03.2016 buat dekat rumah saya rumah rakyat lubok china negeri sembilan. jumaat malam sepupu saya jemput lepas balik kerja saya pergi ke rawang tido sana.. sabtu lepas subuh tu gerak balik negeri sembilan.. bila dah smpai rawang, maklang saya ajak pergi exercise badan..berzumba dekat saujana rawang, saya pergi lah berdua dgn maklang..keras macam baju jugak badan saya.. maklum laa dah lama tak exercise.. kelaka pon ada.. maklang kata saya macam robot.. ok itu lawak..balik exercise merojak pulak.. tengah2 malam serupa tak zumba.. adess...
pagi sabtu subuh tu kol 5,30 saya dah bangun tak sabar nak balik kampung orang kata.. tunggu sepupu saya balik keje dekat kol 8.30 pagi jugak baru gerak.. hahaha.. bangun awal kata gerak lepas subuh.. maklum laa janji melayu.. kena paham tu..
perjalanan dekat 2 jam nak ke negeri sembilan.. sampai kampung alhmdulillah lega sampai.. masuk rumah dah sedia kemah semua.. dan taraaaaaaaa.. pelamin cantik sangat.. meriah mak aii... macam nak besok saya nikah.. debaran mula rasa..
tapi geramm sangat.. nak keluar pergi mana-mana xboleh sebab darah manis.. ini baru tunang.. kalau nikah n sanding agaknyer sebulan tak boleh keluar.. hahaha mak adik2 maklang n sepupu pergi beli barang nak buat kenduri.. saya dekat rumah kemas apa yang patut.. tak sabar nak tunggu hari besok..
(hantaran saya untuk lelaki 9dulang)
malam saya siapkan hantaran, lepas siap hantaran baru pakai inai.. dekat kol 2 jugak siap semua,saya pakai inai sampai tertido-tido.. bangun pergi basuh tangan lepas tu sambung tido.. sebab besok nak bangun pagi...
pagi nya pula saya bangun awal jugak.. kol 6.30. dah bangun.. kemas-kemas,... dalam kol 7.30 kawan-kawan mak datang tolong untuk masak semua.. jadi saya kemas mana patut.. kol 10 saya mandi dan sedia untuk makeup.. mak yang makeupkan.. maklum lahh mak andaman,, hehehe,,,
dah siap makeup semua dalam kol 12.30 saya siap.. tapi belah laki datang kol 2.. awalkan saya siap.. tak sabar puya pasal.. tapi boleh posing-posing.. kawan-kawan saya datang pon tak ramai. sebab masing-masing banyak dah kawin.. ank lagi suami lagi.. kerja lagi.. jadi saya paham mana yang tak datang tu.. tapi kalau saya kawin hang semua tak datang tak kawan korang.. hahaha
sebelum pihak lelaki sampai.. rumah saya adakan tahlil dan doa selamat. tak lama kemudian belah lelaki sampai.. alahai.. berdebar saya.. lagi bapa minit jadi tunangan orang.. rumah di penuhi semua belah lelaki keluarga dan jiran2 termasuk kawan-kawan..
pihak lelaki sudah sampai..
hantaran belah lelaki untuk saya 7 dulang.
mula perbincangan.
saya di panggil duduk di pelamin.. macam orang nikah pulak..... saya di umum kan menjadi tunangan muhammad azlan bin khazari.. tuhan yang tahu bertapa bahagia nya masa tu.. mak belah lelaki sarungkan cincin dan kami mula bergamba.. naik penat jugak bergambar,, tapi itu kenangan, belah lelaki makan dan kami menukar hantaran.. hantaran kami 7 lelaki 9 perempuan.. banyak kan.. hehe..lepas tu bergambar dengan keluarga pihak lelaki..pihak perempuan. kawan-kawan,saudara,sepupu..meriah sungguh..
selepas bergambar pihak lelaki pergi ke chalet D'KEBUN NAJIBAH CHALET & HOMESTAY dekat pengkalan balak.memang cantik dan menarik sangat, pihak lelaki sukakan tempat itu.. harga yang menarik, suasana yang ala kebun. harap rezeki bertambah maju..maklum baru bukak dalam setahun..ada swiming pool.. cantik lahh..
petang tu selepas pihak lelaki check in, saya sampai ajak encik tunang ambik gambar dekat pantai untuk kad kawin dan banting nanti masa kawin..cantik hasil tangan sepupu saya.. adik saya dan sepupu turut posing jugak ala-ala model jugak mereka..
encik tunang sweet dalam diam sebenarnyer..
dorg ambil kan gamba saya jadi dorg pon nak bergambar jugak.. hahaha
pihak lelaki hanya 1 malam sahaja di pengkalan balak.. esok pagi nya sempat mereka mandi di pantai..tengah hari baru check out.. dan pihak lelaki datang kerumah saya menjamu selera sebelum pulang ke kuala lumpur. saya pun balik sama encik tunang.
alhamdulillah, bersyukur padanya, kerana majlis pertunangan berjalan dengan teratur..tiada halangan apa-apa. hanya tinggal untuk majlis yang akan datang sahaja.
terima kasih untuk semua yang bersusah payah untuk kenduri ini.
terima kasih pihak lelaki yang datang.
encik tunang, semoga kita dapat tempuh dugaan yang akan datang lepas nie, saya setia di sisi awak, saya akan menjaga kelakuan saya, saya akan jadi terbaik untuk awak..
sampai kita di ijab kabulkan..
insya-allah..
aminn...