Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu, cleanser, toner dan moisturizer dah cukup untuk penjagaan kulit. Untuk makeup pula, bedak, foundation, eyeliner dan maskara saja.
Tapi sekarang bila manusia makin obsess nak cantik, ada serumlah, bronzerlah, concealerlah… macam-macam!
Memang senang nak confuse. Dan kalau tak pakai dengan urutan yang betul, sia-sia pula kerana ia takkan berikan efek cantik yang optimum.
Itulah sebabnya kita kena tahu urutannya, jadi bagi anda yang tak pasti, di bawah ini ada panduan yang anda boleh ikuti untuk semua produk.
1. Pencuci muka /cleanser
Cuci dulu, bilas dan cuci lagi sekali untuk betul-betul tanggalkan semua kotoran. Cucian pertama hanya tanggalkan lapisan luar, manakala yang kedua pula akan sampai ke liang pori.
2. Toner
Jika anda skip langkah ini, sia-sia saja usaha anda ketika mencuci muka tadi kerana kesan kotoran masih ada. Sapukan toner dengan kepingan kapas untuk bersihkan liang pori.
3. Spot cream (untuk yang ada jerawat atau kesan jerawat )
Jika anda menggunakan sebarang rawatan setempat untuk memulihkan jerawat atau parut, pakaikannya sekarang supaya kulit anda boleh menyerap kebaikannya.
4. Serum
Peraturan tentang krim muka adalah anda perlu mula dengan produk yang paling ringan. Serum memiliki formula yang nipis dengan kadar penyerapan paling efisien. Losyen pekat ini menghantar ramuan aktif jauh ke dalam liang pori, jadi pastikan anda pakai produk yang betul-betul sesuai untuk masalah kulit anda.
5. Krim mata
Berapa ramai daripada anda ingat inilah produk yang terakhir? Sepatutnya ia dipakai sebelum pelembap dan sunscreen!
Sama seperti serum, losyen ini adalah nipis jadi tak patut ada sebarang produk di antaranya dengan kulit. Dengan menggunakan hujung jari manis anda, tepekkan sebelum anda pakai krim muka.
6. Pelembap
Ini merupakan langkah yang tak patut diabaikan, walaupun kulit anda berminyak. Sapukan pada kulit dan urut muka anda ke arah atas dan ke luar.
7. Krim pelindung matahari
Rugi saja kalau anda pakai krim SPF sebaik saja selepas mencuci muka, kerana nanti segala jenis produk kulit yang anda pakai selepas itu takkan berguna pun. Jadi pakai sunscreen ini sebelum anda pakai makeup.
Urutan yang betul juga perlu diikuti ketika anda pakai makeup supaya rupa anda nampak flawless.
8. Primer
Produk ini bertindak sebagai magnet atau base yang baik untuk produk lain. Dengan adanya teknologi moden, ia juga boleh melawan masalah kulit seperti tompok dan minyak.
9. Concealer
Cari bahagian-bahagian pada muka anda yang mungkin perlukan cover-up, kemudian tepekkan concealer dengan berus untuk blend.
10. Foundation
Ada banyak mitos tentang pemakaian concealer, tapi untuk mendapatkan cover-up yang efektif, anda perlu sapukan foundation terlebih dahulu. Pakaikan lapisan yang nipis dan ringan supaya nampak natural, dan gunakan concealer untuk tutupkan sebarang kecelaan.
11.EYEBROW
Untuk melukiskan kening ni, pastikan warna eyeliner kening sesuai dengan muka anda, ada warna black, dark brown dan ligth brown. lukis pastikan sama.. kerana kening akan mainkan peranan pada muka dan makeup kita. Ada setengah orang suka pakai pencil, eyeliner atau gel eyebrow. mengikut keselesaan masing-masing. dan kemaskan pakai concealar.
12. loose powder & Compact powder.
Bedak muka anda direka cipta untuk tetapkan makeup dan serap lebihan minyak, jadi sapu di zon T, dagu serta di bawah mata. dan compact powder hanya memerlukan dap dap pada muka.. supaya sebati dengan foundation kita dan makeup tidaklah bercapuk.
13. Eyeshadow dan eyeliner, kemudian maskara
Bulu mata yang dah dipakaikan maskara boleh menghalang anda daripada melukiskan eyeliner pada garisan mata, jadi lepas pemakaian eyeshadow dan liner dah settle, baru pakai maskara.
14. Bronzer & blusher
Bedak dan krim bronzer berfungsi untuk membuatkan struktur muka anda nampak lembut, jadi pakai produk ini sebelum highlight pipi anda dengan blusher.\
Akhir sekali mestilah pemakaian lip liner dan lipstick. Semoga anda tak keliru lagi lepas ini!
untuk dapatkan makeup termurah dan berkualiti boleh la beli di shopee yang ada link dibawah..pasti sangat berbaloi, murah dan pakej semua sekali.
shope :BUYAA COLLECTION https://shopee.com.my/amirazairizan