Thursday, 27 September 2018

Suami isteri berbalah, siapa mengalah?




Isteri mininggi suara, suami pun tinggi suara. Sampai bila nak selesai sekiranya setiap kali berselisih pendapat atau berlaku pertengkaran antara suami isteri, masing-masing berjuang nak membuktikan siapa betul dan siapa salah.
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri"



Memang perkara biasa dalam rumahtangga akan berlaku perselisihan faham antara suami isteri.   Bagaimana anda mengawal situasi tersebut supaya tidak melarat dan menyababkan hubungan suami isteri menjadi lebih tegang.

Dalam sutuasi tegang ini, mesti ada satu pihak yang pandai mengawal keadaan dengan mengalah atau beralah. Ingat BERALAH BUKAN BERMAKNA KALAH
SIAPA YANG PATUT MENGALAH? SUAMI ATAU ISTERI?

Ada cara yang lebih baik supaya pertengkaran anda dengan isteri tidak berpanjangan. Ada beberapa taktik dan teknik supaya anda dapat mengurangkan ketegangan ketika itu. Siapa perlu mengalah?Bergantung kepada siapa yang memulakan perbalahan atau siapa yang menjadi punca perbalahan. Untuk anda mengalah, ketepikan dulu siapa benar dan siapa salah.


1.Berhenti daripada berkata "awakalah itu","awaklah ini"," sebab awaklah"
Berhenti dari menggunakan istilah "awak tak pernah", "awak ni selalu","awak ni lansung tak". Sebab dengan perkataan ini, pasangan anda akan lebih merasakan anda cuba memalukannya dan meletakkan kesalahan terhadapnya. Sebaliknya gantikan perkataan "awak" kepada "saya" seperti "Saya rasa kecewa kalau.." atau "saya rasa seperti..". Kalau anda sebagai seorang suami guna perkataan "abang". Anda tidak akan dipersalahkan sebab anda menggunakan perkataan yang menggambarkan perasaan anda dan bukan membuat tuduhan kepada isteri.


2. Dengar dulu apa yang nak di sampaikan
Apabila anda dengar isteri atau suami anda mengeluarkan kata kata yang agak pedas, jangan balas balik,   tapi beri peluang pasangan anda untuk habiskannya dahulu. Sebab apabila kita tidak mahu mendengar dahulu, kita selalunya akan berhujjah semata-mata untuk menang sahaja. Sebaliknya apabila berlaku pertengkaran, beritahu pasangan anda "saya nak dengar apa yang awak nak luahkan".apabila pasangan anda tahu bahawa anda memberi peluang kepadanya , dia pasti akan melembutkan suara.


3. Tunjukkan yang anda tahu perasaan pasangan anda
Setiap kali berselisih faham, biasanya anda atau pasangan secara sendirinya akan mengulangi menyebut kesalahan-kesalahan yang lampau. Jangan sekali-kali mengulang cerita lama, sebaliknya anda boleh kata "saya faham apa yang awak maksudkan walaupun saya tak bersetuju", " boleh tak kita bincang?". Buat pasangan anda merasakan bahawa anda mengetahui perasaannya.


4. Buat jenaka 
Buat jenaka kadang-kadang boleh meredakan ketegangan.Tetapi anda haruslah pastikan perkara tersebut telah mula tenang. Kadang -kadang jenaka boleh memburukkan lagi keadaan sebab pasangan anda akan rasa tidak dihormati dan dipermainkan. Pastikan keadaan sudah mula tenang dah terkawal untuk anda berjenaka. Buatlah pasangan anda ketawa sebab dengan ketawa akan menceriakan hati pasangan.


5. Cari masa yang sesuai untuk berbincang
Sekiranya pasangan anda sudah benar-benar mahu memulakan perbalahan, dan anda rasa waktu tersebut akan membuatkan keadaan akan bertambah buruk, cari jalan supaya anda boleh berbincang pada masa lain.Katakan "ok saya dah tahu apa masalahnya.bolahtak kita bincang perkara ini selepas saya pikir masak-masak  tentang perkara ini". Apabila anda kembali untuk berbincang pada masa lain, pasti keadaan akan lebih tenang dan lebih mudah anda menyelesaikan segala masalah.


6. Jangan tinggikan suara.
Sekiranya pasangan anda sedang meninggikan suara, jangan sekali-kali meninggikan suara juga. Sebab anda akan menyebabkan pertengkaran anda berlanjutan sampai hari esok. Sekiranya anda yang meninggikan suara dan pasangan anda berkata "janganlah menengking", anda perlu ikut nasihatnya, dan pasangan akan rasa dihormati dan akan membuka peluang kepada anda untuk meluahkan perasaan anda. Sebaliknya jika pasangan anda yang meninggikan suara , katakan kepadanya " boleh tak awak jangan menengking, supaya saya faham apa yang awak nak cakap".


7. Tanya soalan yang betul
Sekiranya secara tiba-tiba pasangan anda marah-marah, sudah tentu ada perkara yang mengganggu perasaannya. Tanyalah kepada pasangan anda "apa yang membuatkan awak marah-marah ni" atau" janganlah marah-marah, cuba ceita".Dengan bertanya soalan-soalan ini, pasangan akan berasa anda mengambil berat tentang dirinya. Dia akan secara sendirinya akan bercerita masalahnya kepada anda dengan baik.


8. Memohon maaf
Sekiranya anda rasa andalah punca perbalahan itu, segeralah minta maaf pada waktu tersebut. Kerana mohon maaf segera membuktikan anda betul-betul ikhlas. Jangan sekali-kali menagguhkan memohon maaf pada masa lain. sekiranya perbalahan itu bukan sisebabkan oleh pasangan anda, pun tidak salah anda memohon maaf, sebab anda juga terbabit dalam pertengkaran tersebut.


9. Usahakan agar anda boleh melakukan hubungan seks selepas semuanya kembali tenang
Hubungan seks adalah salah satu cara bagaimana melepaskan perasaan gelisah selepas bertengkar. Tapi bukan setiap kali bertengkar, anda perlu akhiri dengan hubungan seks. Pastikan segala isu yang timbul sudah anda berdua selesaikan. Rapatkan kembali hubungan anda dan lupakan perbalahan sebelum ini.


10. Selesaikan dengan baik
Selepas segala isu sudah anda selesaikan dan keadaan emosi anda berdua kembali tenang, hargailah pasangan anda. Katakan kepada pasangan anda bahawa anda rasa lega setelah selesai berbincang dan jangan ungkit lagi isu tersebut pada masa akan datang.Cuba sedaya upaya perbaiki kesalahan anda dan tunjukkan kepada pasangan suami atau isteri anda bahawa anda berusaha berubah.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

MARI BELAJAR : pemakaian skincare dan alat kosmetik

Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu,  cleanser ,  toner  dan  moisturizer ...