orang
yang mempunyai sakit saraf merasa sakit yang berbeza-beza. Bagi
sesetengah pesakit saraf, ia sakit seperti terasa menikam-nikam di
tengah-tengah malam. Bagi yang lain pula, merasai gejala sakit
seperti terpijak duri, "semut-semut", atau rasa seperti
terbakar.
Sakit saraf yang tidak terkawal boleh menjadi sukar untuk ditanggung. Namun, dengan rawatan yang betul, insyaAllah kesakitannya boleh dikawal dan dikurangkan.
Sakit saraf yang tidak terkawal boleh menjadi sukar untuk ditanggung. Namun, dengan rawatan yang betul, insyaAllah kesakitannya boleh dikawal dan dikurangkan.
1) Apakah Sakit Saraf?
Merasa sakit sepatutnya menjadi suatu amaran atau signal kepada kita. Contoh, apabila tangan terlalu dekat dengan dapur memasak, saraf akan berfungsi untuk menghantar isyarat sakit ke otak - dan secara automatik kita akan menarik kembali tangan sebelum ia terbakar. Tetapi jika seseorang mengalami kerosakan saraf, sistem seperti tadi tidak berfungsi.
Saraf yang rosak boleh menghantar isyarat yang salah di mana korang akan sering merasa sakit sebenar tanpa sebab. Saraf yang rosak juga boleh menyebabkan korang tidak berasa sakit apabila mendapat sebarang kecederaan.
2) Pencetus Sakit Saraf
Beberapa kajian mendapati bahawa pencetus sakit saraf adalah posisi tubuh pada keadaan tertentu atau aktiviti tertentu yang dijalankan seperti beratur atau berjalan yang akan menyebabkan kesakitan saraf. Kerosakan saraf juga boleh membuat badan anda terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin mengalami sakit akibat daripada tidur di atas cadar yang nipis.
3) Hilang Rasa
Kerosakan saraf boleh menyebabkan kehilangan deria rasa atau kebas di hujung jari, menjadikan seseorang lebih sukar untuk melakukan perkara-perkara dengan mengunakan tangan. Mengait, menaip, dan mengikat kasut boleh menjadi aktiviti yang sukar. Ramai orang dengan kerosakan saraf mengatakan bahawa deria rasa bila melakukan sentuhan sudah tiada lagi, seolah-olah mereka sentiasa memakai sarung tangan.
4) Sakit Saraf Menjadi Lebih Teruk?
Sakit saraf sering menjadi lebih teruk pada waktu malam. Sentuhan badan dengan tilam atau tekanan apabila berbaring menjadikan pesakit merasa sangat tidak selesa. Jika korang tidak boleh tidur akibat sakit saraf, pastikan korang memberitahu dengan doktor. Mengubahsuai gaya hidup atau mengambil ubat boleh membantu.
5) Kehilangan Keseimbangan
Selain menumpulkan pancaindera sentuhan, kerosakan saraf juga boleh menyebabkan otot menjadi lemah atau mempengaruhi keseimbangan badan yang mana kedua-duanya boleh membawa kepada jatuh. Alat-alat bantuan seperti tongkat boleh membantu. Terapi fizikal dan terapi pekerjaan juga boleh membantu pesakit untuk melakukan aktiviti harian dan pekerjaan seperti biasa.
6)
Kecederaan Yang Tidak Nampak
Kerosakan saraf tidak hanya menyebabkan kesakitan. Ia juga boleh menyebabkan kebas yang boleh menghalang pesakit saraf daripada merasa sakit apabila pesakit itu sepatutnya merasa sakit. Orang yang mempunyai kerosakan saraf kadang-kadang tercedera tanpa mereka sedari. Doktor mungkin mencadangkan pesakit memeriksa kecederaan pada diri secara berkala terutamanya pada bahagian kaki yang terdedah kepada kecederaan.
7) Sakit Saraf Perlu ke Dirawat?
Jika tidak dirawat, kerosakan saraf mungkin menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Ia biasanya bermula di saraf yang terletak jauh dari saraf otak dan tulang belakang, contohnya seperti saraf yang berada di kaki dan tangan. Kemudian dalam jangka masa tertentu sakit saraf tersebut boleh melarat ke bahagian tubuh yang lain.
Walau bagaimanapun, jika pesakit mendapatkan rawatan yang sepatutnya, kerosakan saraf tersebut mungkin boleh dihentikan.
8) Menilai Sakit Anda
Dalam banyak kes, sakit saraf boleh dikawal. Sekiranya ingin menilai tahap kesihatan pesakit saraf, soalan-soalan berikut perlu dijawab oleh pesakit itu sendiri. Berapa lama anda mengalami sakit? Bagaimana rasanya sakit tersebut? Bagaimana ia memberi kesan kepada anda? Jawapan dari pesakit akan membantu pengamal perubatan untuk mengkaji apakah yang menjadi punca kesakitan dan bagaimana merawatnya.
9) Punca Sakit Saraf
Banyak keadaan yang menjadi punca seseorang mendapat sakit saraf seperti kencing manis, kayap, dan kanser yang boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan saraf. Namun, ada sesetengah orang mengalami sakit saraf tanpa sebab yang diketahui.
Adalah penting untuk pesakit cuba mencari penyebab sakit saraf mereka, seperti diabetes yang tidak terkawal, dan mendapatkan rawatan yang sesuai untuk itu. Ini boleh membantu meringankan kesakitan dan menghentikan perkembangan kerosakan saraf pada tubuh pesakit.
10)
Rawatan OTC Untuk Sakit Saraf
Ubat penahan sakit yang dijual di kaunter-kaunter farmasi atau ubat over-the-caunter (OTC) mungkin rawatan pertama yang disarankan oleh doktor kepada pesakit saraf. Ini mungkin termasuk nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID) - seperti ibuprofen - atau analgesik lain, seperti acetaminophen atau ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Pilihan lain termasuk krim tahan sakit, ubat sapu, minyak, gel atau semburan yang digunakan pada kulit.
11) Dadah Untuk Pesakit Saraf
Terdapat banyak ubat-ubatan preskripsi yang boleh membantu dengan kesakitan saraf. Ada yang ubat penahan sakit yang kuat. Jenis ubat lain mungkin membantu juga. Ubat yang pada asalnya digunakan untuk kemurungan dan epilepsi sering ditetapkan untuk melegakan kesakitan saraf. Ubat jenis dadah ini telah dipreskripsi kan pada kadar yang dibenarkan. Namun kita masing-masing menyedari tentang kesan jangka masa panjang ubat-ubatan ini jika diambil dalam tempoh yang lama. Mungkin rawatan semulajadi boleh difikirkan untuk membantu mengatasi masalah sakit saraf ini.
12) Rawatan Semulajadi Untuk Sakit Saraf
Rawatan pelengkap atau alternatif boleh membantu. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf. Dalam beberapa kes, sakit saraf disebabkan atau diburukkan lagi oleh kekurangan vitamin B-12. Mengambil makanan tambahan atau supplemen- di bawah penjagaan doktor anda boleh membantu. Ini bermakna pengambilan supplemen B Complex amat membantu. Jika membeli supplemen beli lah supplemen yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan telah melalui kajian klinikal contohnya seperti supplemen daripada jenama Shaklee. Janganlah beri supplemen sembarangan kerana dikhuatiri ia akan memburukkan keadaan.
Supplemen yang organik dan mempunyai kajian klinikal di samping audit yang ketat seperti supplemen B-Complex Shaklee sangat bagus kerana ia menambahbaik kesihatan pesakit dan tidak memberikan kesan jangka masa panjang seperti ubat-ubatan yang berasaskan dadah dan bahan kimia.
13) Mengawal Tahap Kesihatan Anda
Selain bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan, pesakit boleh mengambil langkah-langkah lain untuk melawan sakit kronik. Kerap bersenam, menjaga berat badan yang sihat, dan meningkatkan diet seimbang boleh membantu.
info yang sangat berguna.....tq =)))
ReplyDeleteWELCOME DEAR alia shaari.. sama-sama kita kongsi tentang kesihatan ...
Delete