Kenapa hati
anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?Antara sebabnya adalah kita masih
memendam kisah-kisah silam.Kita akan selalu merasa tertekan, selalu
bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.Sebagai manusia biasa,
memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan
sekelip mata.Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa
tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.Kita tidak suka perubahan yang
berlaku. Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan
kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat. Akhirnya, kita terperangkap dengan
fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.
Sebenarnya punca kepada
segala kesakitan ini adalah kedegilan kita untuk move on, untuk melupakan
perkara-perkara yang telah berlalu.Hati kita masih berpegang kemas bahawa
“masih ada harapan”, kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti
apa yang kita harapkan.Mengapa kita selalu merumitkan kehidupan kita dengan
harapan yang tidak berkesudahan ini?Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan
melepaskan kisah silam?Pertama sekali, kita kena sedar bahawa tiada
harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.
Hidup akan lebih mudah
jika kita memahami perkara-perkara ini:
1. Bila kita melepaskan kisah silam, kita membenarkan diri kita
untuk menjadi terbaik dengan apa yang kita ada sekarang
Hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.Mungkin kita pernah
rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila
sampai masa, ternyata bukan milik kita.Benda penting untuk kita
bahagia dalam jangka panjang, adalah bergantung kepada
kesanggupan kita untuk melupakan apa yang anda harapkan..
.. dan secara ikhlas
menerima dan menghargai apa yang Allah telah tetapkan.Redha tentang semua
perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang.Past
is just something we can’t do anything about.
Future, who knows, it
could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita.Kerana
setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu,Allah telah
merancang apa yang terbaik buat kita..Trust in Allah timing. Rely
on His promises.
2. Dengan melupakan, kita akan
membebaskan fikiran kita dari rasa risau yang tidak berkesudahan Bila kita
‘hilang’ dalam kerisauan, kita akan mudah tersilap menganggap apa yang kita
risau itu sebagai sesuatu yang benar.
Apa yang terbaik adalah
selalu istigfar dan sentiasa sedarkan hati.Terima apa yang datang, lepaskan apa
yang telah pergi dan yakinlah bahawa perkara yang baik sedang Allah aturkan.
Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi
tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam
kehidupan yang bukan lagi milik kita.
Memang sesetengah babak dalam kehidupan kita memang akan berakhir
tanpa penutup. But, there’s no point in losing yourself by trying to fix what’s
meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan
kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah
yang lama.
3. Bila anda melepaskan kisah silam, kita membenarkan jiwa kita
sembuh Bila ada seseorang membuatkan kita patah hati, memang sangat sukar
untuk melaluinya. Tapi anda akan kembali pulih..
.. dengan syarat anda
ikhlas menerima yang telah terjadi dan perlahan-lahan redha dengan apa yang
berlaku.
Sebagai contoh, anda mungkin pernah terfikir “mengapa aku pernah jatuh hati pada
dia? Sepatutnya aku pernah tak beri secebis pun hati aku padanya!”.Tapi
malangnya pemikiran sebegini tidak akan pernah membantu.
Jika anda tidak pernah,
maka semua ini tidak akan terjadi. Tetapi disini, anda pernah. Ini adalah
realiti.Mungkin jiwa kita terlalu sakit bila dikhianati.Tapi itulah yang
nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.Dan dengan menerima
realiti, dan semua yang terjadi, ia adalah sebahagian daripada proses untuk
melepaskan dan menjadi lebih matang.You’re always growing. Experiences
don’t stop.Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
4. Bila anda melepaskan, maka lebih mudah untuk anda memaafkan
diri sendiriSemua kesilapan dan kebodohan yang pernah
kita lakukan selalunya boleh dimaafkan oleh orang lain, kecuali diri kita
sendiri. Penyesalan adalah satu
hukuman yang berat dalam kehidupan.Ia membuatkan hidup kita rasa seperti tidak
bermakna dan dihantui rasa bersalah.
Adakah kita mampu
memaafkan diri sendiri?
Jawapannya adalah YA.
Kadangkala, anda harus memandang diri anda sendiri di hadapan
cermin dan berkata:
‘Semua ini
sudah terjadi. Ini adalah teruk. Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Tetapi
saya telah belajar dari kesilapan ini.. saya telah sedar. Rahmat Allah itu luas
dan saya masih ada peluang kedua’
I don’t judge you for what has happened. In life, we all make
mistakes.
Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri.Apa
yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan
memberi kemaafan kepada semua.Termasuklah kepada diri sendiri.
5. Bila anda melepaskan, anda akan
menikmati kejutan demi kejutan dalam kehidupan . Kehidupan
adalah penuh dengan kecantikan yang tak terjangka dan kejutan yang
menarik. Dan kadangkala, kehadiran saat yang indah itu menjelma secara
tiba-tiba sehingga terlalu hebat untuk ditanggung. Anda tahu bagaimana perasaan
tersebut?
Bila sesuatu itu sangat
indah?
Bila saat ada seseorang yang mengatakan, menulis atau memainkan
sesuatu melodi yang membuatkan anda rasa tersentuh dan menitiskan air mata.
Adakah anda ingin melepaskan saat ini disepanjang hidup anda?Oleh
itu lepaskanlah masa lalu dan berikan sepenuh perhatian kepada apa yang
kehidupan berikan kepada anda sekarang.Kata orang bijak, manusia tak memiliki
apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa
pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita
kehilangan?
6. Dengan belajar melepaskan, kita akan belajar lebih kuat untuk menghadapi kesakitan mendatang Kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya.
kesakitan itu memang datang
silih berganti. Bukan bermaksud tuhan itu zalim, tetapi ia adalah satu
keperluan untuk kita membina pengalaman dan menjadi lebih matang. Manusia yang
paling kuat adalah orang yang merasa sakit, menerimanya, belajar dari kesakitan
tersebut, dan melawannya kembali. Hakikatnya, setiap perkara melukakan
kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya. Dengan
luka tersebut, mereka belajar menjadi lebih bijak.
Ia berkenaan keberanian
kita untuk berhenti menjadi lemah,
mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur
dengan lebih garang dari sebelumnya. Suatu hari nanti kita akan rasa betapa
bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji
sebegitu. Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
7. Bila kita telah melepaskan masa silam, InsyaaAllah hidup kita
akan lebih tenang (dan lebih bersyukur) Dengan melepaskan masa lalu..
.. ia adalah sebahagian daripada rasa syukur kita
untuk pengalaman yang membuatkan kita ketawa, yang membuatkan kita menangis,
dan membantu kita belajar dan lebih matang.Terima apa yang kita ada, apa yang
pernah ada, dan segala kemungkinan yang bakal tiba.
Ia akan memberi kita
kekuatan untuk menempuhi kehidupan dan perubahan yang dapat dielakkan, serta
percaya pada gerak hati sendiri. Kita akan sedar bahawa setiap pengalaman
mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan. InsyaaAllah, kita akan lebih tenang
dan yakin untuk mengambil setiap langkah baru setiap hari.
Dan kadangkala,
perkara-perkara inilah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita
melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini. Melepaskan masa silam bukan bererti kita menyembunyikan
kesakitan..Tetapi ia berkaitan untuk
lebih ‘hidup’ dan membuka fikiran.
Ia berkenaan untuk
mengenalpasti punca kesakitan kita selama ini, menerimanya agar kita boleh
belajar, dan menjadi lebih matang. Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Jika
kita tidak mampu berdamai dengan takdir, kita pasti tidak akan tenang. Memang
sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat. Berdoalah.
Kadang kala Allah tidak
meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar
dan solat (serta berdoa). Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani
untuk bergerak ke hadapan, dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!
No comments:
Post a Comment