Mari ketahui cara bagaimana untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia serta rasa sayang.
Antara
perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin
adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat
penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar
pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.
Jadi,
bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta
lain dan pergi dari perkahwinan kita?
Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah
Kami
ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan
dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh.
1. LETAKKAN PASANGAN SEBAGAI NOMBOR SATU
Selepas
ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini.
Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan
sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.
Suami
atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai
dan berikan mereka keutamaan sentiasa.
2. BUAT PASANGAN RASA DIHARGAI
Kata-kata
seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang
awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari. Bangun pagi
semasa kejutkan dia , cium pipi dan ucapkan “I love you” pada
telinganya, insya-allah pasangan itu akan bangun dengan hati yang
gembira.
Bila
pasangan itu mahu pergi kerja sediakan bekal nya atau sarapan nya,
dan tulis dalam kertas kecil dengan ayat yang jiwang , dengan senang
hati si dia menjamu selera dengan baik dan tersenyum lebar semasa
makan.
Ia
mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan
mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini
selalu.
Bukan
begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting
untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari
seorang insan bergelar suami atau isteri.
Ia
menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya.
Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.
3. JANGAN SIMPAN PERASAAN DALAM HATI
Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.
Ya,
itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang
tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Lambat
laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan
besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.
Berkomunikasilah
secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih
faham.
Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan
kebahagiaan rumah tangga. Hati pun berasa lega, kan?
4. JANGAN PERKECILKAN PASANGAN
Lagi
satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan
sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak
atau orang lain.
Suami
jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan
memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.
Ini
amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan
isteri masing-masing.
Ucap
yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga
kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.'
5. BUAT PASANGAN RASA DISAYANGI DAN DIRINDUI SELALU
Bagaimana caranya untuk membuatkan suami atau isteri kita rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas.
Masyarakat
kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan
depan-depan.
“Faham-faham
sendiri sajalah.”
“Malu
aih orang dengar. Kita ni dah tua”
Ini
adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang.
Tunjukkan
juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan
ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.
6. BANYAKKAN BERDOA UNTUK PASANGAN
Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.
Tiada
siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah,
rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!
Hanya
Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati,
maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!
AMALKAN CARA RUMAH TANGGA BAHAGIA DAN NIKMATI PERKAHWINAN YANG HARMONI
Semua
sikap romantis ini pasti dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah
tangga. Kini, tiada lagi sebab mengapa pasangan anda perlu mencari
cinta lain di luar sana.
Ibu
ayah pula bagaimana? Adakah anda ada tip peribadi bagi mengekalkan
perkahwinan yang harmoni dan gembira? Mari berkongsi cerita di ruang
komen ya!