Gatal-gatal
atau pedih pada mana-mana anggota atau bahagian badan kerap terjadi
dan boleh memberikan rasa tidak selesa. Sekiranya ia terjadi pada
kawasan yang sensitif seperti faraj dan kawasan sekitarnya,
ketidakselesaan amat ketara.
Gatal
kemaluan sekiranya terjadi jarang-jarang adalah sesuatu yang normal
tetapi apabila menjadi semakin kerap, elok berjumpa dengan doktor
kerana ia mungkin tanda-tanda jangkitan kuman.
Apa yang menyebabkan kegatalan pada faraj?
Terdapat
beberapa punca yang kerap dikaitkan dengan masalah ini termasuk:
1. Jangkitan kuman
- Jangkitan bakteria vaginosis. Persekitaran faraj yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang menjaga faraj dari jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan memberikan masalah. Selain dari gatal-gatal, gejala-gejala lain termasuk keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutama selepas melakukan hubungan seks.
Penyakit
kelamin (STD).
Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan
gonorrhea adalah semua punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal
pada faraj.
- Jangkitan yis (kulat vagina): Merupakan punca utama kegatalan pada faraj. Hamil, penggunaan antibiotik yang berpanjangan dan kencing manis yang tidak terkawal kerap dikaitkan dengan jangkitan yis. Selain dari gatal-gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebabkan berlakunya keputihan tebal yang berupa seperti keju yang melekat pada seluar dalam anda.
2. Menopos
Penurunan
estrogen dalam badan menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan
kering. Ini boleh membawa kepada gatal-gatal dan ketidakselesaan.
3. Penggunaan Bahan Kimia
Sekiranya
ada kerap menyapu krim pada faraj atau mencuci faraj dengan bahan
wangian, anda akan kerap mengundang jangkitan kuman kerana ia
mengganggu keseimbangan flora dalam faraj dan seterusnya menyebabkan
anda kerap rasa gatal. Contoh bahan kimia ini termasuk pencuci
feminin, sabun wangi, pantiliner wangi, krim haruman dan sebagainya.
4. Alergi
Alahan
pada sabun, kertas tandas wangi dan bahan pelembut kain juga boleh
menyebakan kegatalan faraj.
5. Liken sklerosis
Ini
adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Liken sklerosis ialah
kejadian tompok putih nipis membentuk pada kulit, terutama di sekitar
vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan gatal pada
faraj.
Bagaimana ia dirawat?
Rawatan
bergantung sepenuhnya punca kepada masalah ini.
Jangkitan
kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik
seperti metronidazole.
Jangkitan
yis dirawat dengan ubat
antikulat.
Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan ke
dalam faraj. Doktor juga mungkin akan memberikan krim sapu untuk
mengurangkan kegatalan.
Sekiranya
kegatalan disebabkan oleh menopos, rawatan menggunakan krim
estrogenmungkin
boleh mengurangkan simtom ini.
Krim
steroid boleh
mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.
Sekiranya masalah kegatalan ini melibatkan remaja yang masih muda, penyiasatan yang mendalam haruslah dilakukan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda penderaan seksual.
Cara pencegahan
- Elakkan dari memakai bahan kimia pada faraj. Ini termasuklah kertas tandas wangi,
krim
faraj, semburan/cucian feminin dan membilas faraj dengan kerap. Ia
juga boleh membuatkan anda alergi pada bahan kimia tersebut.
- Gunakan air paip biasa. Elak dari menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan faraj dan membunuh flora baik dalam faraj.
- Sentiasa mengelap faraj dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
- Pakai seluar dalam berasakan kapas (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam anda dengan lebih kerap.
- Jangan sekali-kali douche (membilas faraj dalaman anda).
- Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk mencegah penyakit kelamin.
- Gunakan ubat pelincir yang selamat semasa hubungan seks. Adalah disyorkan menggunakan Gel KY kerana ia berasaskan air.
- Elak melakukan hubungan seks sehingga anda betul-betul baik dari jangkitan tersebut.
- Jangan menggaru dengan kuat di kawasan yang gatal kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan menjadi semakin teruk.
No comments:
Post a Comment