Perkembangan janin ketika berada di usia 9 minggu atau dua bulan kehamilan. Ketika ini ibu akan mengalami fasa morning sickness seperti mual, muntah, pening dan sebagainya
Tak sangka sekarang tubuh anda sedang membawa ‘orang baru’ di dalamnya. Malah usianya juga sedang melalui perkembangan janin 9 minggu atau sudah dua bulan berada dalam kandungan ibunya.
Pasti ada yang teruja apabila scan dan ultrasound dilakukan pada bayi. Selain tak sabar untuk mengetahui perkembangan si kecil yang positif.
Mari kita lihat apa lagi perkembangan janin 9 minggu ini.
Perkembangan janin 9 minggu
Pada tumbesaran dan perkembangan janin 9 minggu ini anda akan dapat rasai kehamilan anda sedang membesar dengan sempurna.
- Kini anda dapati si kecil anda bukan berbentuk embrio tetapi sudah bertukar menjadi janin manusia yang sedang bernafas dan berkembang dalam kandungan.
- Ciri-ciri wajahnya juga membentuk dengan cepat. Kepala dan lehernya lebih tegak malah dapat dilihat melalui imbasan scan.
- Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound yang dipakaikan oleh pakar ginekologi.
- Organ lain seperti hati, injap dan limpa sedang berkembang.
- Puting dan anak rambut mula membentuk.
- Ketika ultrasound dilakukan si kecil ini mungkin melakukan beberapa tindakan seperti menggerakkan tangan dan kakinya tetapi ia masih terlalu awal untuk merasakan pergerakan yang lain.
Simptom dalam perkembangan janin 9 minggu
- Morning sickness menganggu urusan anda sepanjang hari. Tapi ada sebilangan ibu yang tidak mengalaminya, wah, beruntung sungguh! Namun ia akan hilang apabila kandungan mencecah tiga bulan ke atas.
- Sebilangan ibu akan mengalami keletihan, tidak boleh memberi tumpuan, kehilangan selera makan atau mungkin penurunan berat badan. Hal ini kerana, badan sedang sesuaikan diri dengan bayi yang baru berkembang di dalamnya.
- Perubahan mood juga akan berlaku dalam minggu ini.
Penjagaan kehamilan
- Doktor akan menetapkan beberapa vitamin kehamilan seperti asid folic dan zinkcofer bagi membantu badan menambahkan keperluan nutrien tambahan supaya bayi membesar dengan sihat.
- Jadi dalam perkembangan janin 9 minggu ini, ibu harus mendapatkan panduan pemakanan yang lebih berkhasiat seperti memperbanyakkan sayuran, buah-buahan dan minum air kosong setiap hari.
- Selain itu, ibu juga boleh minum jus buah segar dan sup yang sihat sebagai penambah elektrolit yang hilang.
- Jika mengalami mual yang teruk boleh dapatkan bantuan dengan pakar ginekologi untuk mengatasinya.
Semakan
- Memakai pakaian yang longgar dan seluar yang sesuai untuk ibu mengandung.
- Boleh memikirkan tentang cuti bersalin terutama ibu yang bekerja berdasarkan tarikh due date.
- Anda mungkin mengalami sengal-sengal di bahagian abdomen kerana bayi semakin membesar tapi itu adalah normal.
Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan anda.
No comments:
Post a Comment