Apabila
wanita terdedah kepada virus Human Papillomavirus (HPV), secara
semula jadi sistem imun badan akan cuba mencegah virus ini daripada
membiak dan memberikan kemudaratan yang serius pada badan
wanita.
Walau
bagaimanpun bagi sebilangan kecil wanita, virus kekal hidup sehingga
bertahun-tahun pada pangkal rahim dan seterusnya menukar sel-sel
normal pada permukaan serviks menjadi sel kanser.
Pada
mulanya sel-sel ini menunjukkan tanda-tanda jangkitan HPV tanpa
menunjukkan perubahan ketara pada ujian Pap. Tetapi lama kelamaan ia
akan berubah menjadi sel Pra Kanser. Sel Pra Kanser boleh hilang
secara spontan bagi kebanyakan kes tetapi segelintir dari sel ini
akan berubah menjadi sel kanser sebenar.
Kajian
setakat ini masih gagal memahami mengapa sesetengah wanita lebih
cenderung menghidap kanser pangkal rahim tetapi mereka yang menghisap
rokok atau mempunyai berat badan yang berlebihan lebih cenderung
untuk mendapat kanser.
Terdapat
dua jenis vaksin HPV di pasaran – Cervarix dan Gardasil yang boleh
memberikan perlindungan daripada beberapa jenis HPV paling
berbahaya.
Jika anda aktif secara seksual, cara terbaik untuk mencegah HPV dan jangkitan kelamin lain adalah untuk kekal dalam hubungan seks saling monogami dengan pasangan yang tidak dijangkiti. Jika tidak, pakai kondom setiap kali berhubungan. Buat ujian pap secara rutin untuk mempastikan anda bebas dari kanser pangkal rahim.

No comments:
Post a Comment