Sunday 6 September 2015

RiAdAh Di PaGi SaBtU....



assalamualaikum..  pengalaman riadah di pagi sabtu di tasik titiwangsa... memang terbaik... asalnyer rancang hanya suka-suka.. tapi tak tahu kenapa hati nie nak sangat pergi naik basikal.. maklum laaa dah besar-besar nie;...nak naik basikal susah..kalau beli sendiri pon belum tentu ada masa nak riadah petang-petang kat umah.. jadi ada kesempatan riadah pagi sabtu kat tasik titiwangsa.. itu pun nak pujuk si yaya bukan senang.. hahaha..

rancang-rancang nak pergi ramai-ramai..kumpul pukul 7 laa 7.30 laa... last-last masing-masing lambat.. janji melayu kena paham laa,,,, hahahahah .. sampai tasik titiwangsa dalam pukul 8.. tak ramai yang pergi pun dalam 5 orang... 2 lelaki (yaya &shafiq)  dan 3 perempuan (saya ,adik mira & ain ).. masa tu kat titiwangsa ramai sangat orang.. biasa laaa hari cuti... best sangat.. sebelum naik basikal kitaorang sempat selfie-selfie... itu waJIB bagi kami.. time basikal bukak dari pukul 7am-12pm.. kalau lambat pulang mereka akan call.. 1 jam RM10...banyak permainan lagi yang ada.. tapi kami hanya naik basikal sahaja,.. sebab itu dah tujuan kami...

                                banyak basikal.. pilih mana yang suka dan rasa selesa untuk bawak.. 

 satu set seluar dan baju kami sama.. ofcoz beli sAMa-sama..itu laaa saya dengan yaya..


tapi yang naik basikal hanya perempuan-perempuan sahaja... lelaki pergi joging... best tak terkata.. mira dengan ain berpeluh naik basikal.. tapi kenapa saya tak berpeluh-peluh.. padahal masa naik basikal tu penat..panas semua ada.. satu tasik titiwangsa tu kami berbasikal.. bila setengah jalan pulak terjumpa yaya dan shafiq.. dah saya kena bawak yaya .. ain bawak shafiq.. mira single.. hahahaha.. tapi gilir-gilir laaa..saya bawak yaya.. yaya bawak saya.. dah letih berehat seketika.. keringkan peluh mana yang berpeluh tuuu.. sambil selfie.. itu pasti kena ada..


 ada orang nak ambik gamba saya dengan yaya macam nie.. so saya layan laaa jurugamba tuu.. hahaha

ini basikal yang saya pilih dari banyak-banyak basikal.. ada bakul senang letak barang...




nak sweet - sweet gitu .. yaya melayan jerk kerenah saya,, padahal dye tengah penat dan berpeluh-peluh... yelaaa bukan selalu macam nie pun kan.. jadi laaa ambik gambar walau tak banyak.. yang penting ada kenangan kami semua...


nak kenalkan awek dua orang nie..


adik mira.. ain.. dan saya..
penat jugak kami sampai tak larat nak bawak basikal dah.. tapi bergamba tak penat.. haha

selepas riadah pagi sabtu ini .. kami lapar dan pergi makan nasi kerabu.. memang tak jadi laaa ceritanyer.. keluar peluh sudah.. boleh pulak yaya dengan mira nak makan nasi kerabu.. hhahahaha...tapi nak buat macam mana dah lapar dan dahaga... makan nasi kerabu seleraaa.. sebab sedap sangat...



lepas makan pulak plan pergi karoke.. tapi nak tunggu pukul 12 pm.. kami pergi main game dekat wangsa work...



 maaf yee.. gamba gegar sikit.. dengAN pakaian riadah kami ... kami semua selamba...
dan smpai pukul 12 kami pergi karoke.. nak lepaskan suara masing-masing.. dak syok sampai gamba tak ambik masa karoke... abes dalam pukul 2 lebih masing-masing beransur pulang...
itu kenangan kami semua,, terima kasih pada yaya yang melayan saya nie.. haha.. 
i love you yaya... dan terima kasih kawan-kawan spendingtime sama-sama... ada masa kita pergi lagi yee...



_tamat_
5/9/2015 SABTU 



Tuesday 16 June 2015

99 KALI RINDU

Rindu?
Rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang berhati nurani punya rasa rindu.

Cinta dan rindu itu bermula dari Adam dan Hawa. Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha. Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah. Diperikan Romeo dan Juliet. Diceritakan oleh Rama dan Sita. Dilakonkan oleh Laila Majnun. Kini, kita pula meneruskannya.

Sungguh bahagia org yg telah menemukan cinta dan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terjaud menjadi untaian yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada RabbNya.

Hijrah itu penawar. Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu daripada dirimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih baik.

Kita tak boleh bergantung dgn usaha atau kebijaksaan kita saja. Serahkan urusan selebihnya pada Allah. Orang yg pernah bersama Allah takkan bersendirian.

Kepada wanita2 yang selalu kesepian dan tertekan, ketahuilah memang takkan ada kisah yg sempurna tapi Allah selalu memberi kasih yg sempurna pada setiap kisah kita. Dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah org lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah daripada sesiapa pun.

Dalam Islam apakah kita tidak boleh menyatakan cinta?
Boleh. Tapi tidak penting. Tidak sepenting bukti sebenar cinta. Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan. Agar ia rasa terselamat dan terhormat.

Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu. Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah  saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya. Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat kita bersama dengannya.

Apa yang Allah buat bila DIA rindu pada hambaNYA?
Allah akan kirimkan hadiah yg istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui malaikat Jibril, “Pergilah kepada hambaKU dan kirimkanlah ujian kepadanya. Sseungguhnya aku rindu akan rintihannya.”

Yg paling jauh bukanlah matahari, bukan juga bulan ataupun bintang. Tapi masa yg berlalu dan takkan kembali lagi. Yang kita ada Cuma hari ini. Hari esok belum tentu lagi untuk kita.

Permintaan Iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan, inikan pula kita hambaNya yang kekurangan. Berdoalah pada Allah, tiada yg mampu menolak takdir kecuali dengan doa. Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari berubah hanya kerana doa. Allah makbulkan doa hambaNya yg bersungguh2 berdoa.

Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta. Cinta yg akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepadaNya akan membuatkan penantianmu tidak sia-sia.

Andai kita ada kemampuan, jangan hampakan harapan orang. Nanti Allah Taala akan sekat apa yang kita inginkan.

Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini menjadi suka apa lagi cinta kepadanya.

Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.

Tidak semua yang kita mahukan akan kita miliki. Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya.



Hidup ini akan aku teruskan. Biarlah Allah yang menyusunnya dengan sebaik-baik keindahan.



MARI BELAJAR : pemakaian skincare dan alat kosmetik

Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu,  cleanser ,  toner  dan  moisturizer ...