Monday 27 August 2018

HOMEWORK UNTUK KANAK-KANAK

saya bukan cikgu.,, tapi sata suka mengajar kanak-kanak, saya sanggup sediakan alatan untuk dorg belajar sekali dengan homework .. bagi saya sangat bahagia, dpt mengajar  mereka..  satu ketika dahulu pernah saya mengajar ambil kelas tusyen pasang table.. ala belajar dekat kedai je.. dari pukul 8 sampai pukul 10,30.. sekejap..tapi bermakna... saya ajar math , mewarna, bm, ni.. sains.. ape yang saya tahu .. maklum la nak ajar lebih saya sekolah pun bukan dapat A++ , sedihkan..  bantaila... asalkan dorg faham apa saya ajar..

ini homework untuk kanak-kanak tadika . mana nak ambil copy di persilakan.. just save imej je..



















Sunday 26 August 2018

Haid Tidak Teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
period tak teraturSekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ? 

Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.

Punca Haid tidak teratur

Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.

Faktor-Faktor lain


SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).

Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.
MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.

Jumpa Doktor Anda

Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.

Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi)  secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.

Rawatan Haid tidak teratur

Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.

Sebab Faraj Gatal dan Pedih

gatal

Gatal-gatal atau pedih pada mana-mana anggota atau bahagian badan kerap terjadi dan boleh memberikan rasa tidak selesa. Sekiranya ia terjadi pada kawasan yang sensitif seperti faraj dan kawasan sekitarnya, ketidakselesaan amat ketara.

Gatal kemaluan sekiranya terjadi jarang-jarang adalah sesuatu yang normal tetapi apabila menjadi semakin kerap, elok berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda-tanda jangkitan kuman.

Apa yang menyebabkan kegatalan pada faraj?

Terdapat beberapa punca yang kerap dikaitkan dengan masalah ini termasuk:

1. Jangkitan kuman

  • Jangkitan bakteria vaginosis. Persekitaran faraj yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang menjaga faraj dari jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan memberikan masalah. Selain dari gatal-gatal, gejala-gejala lain termasuk keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutama selepas melakukan hubungan seks.
Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhea adalah  semua punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal pada faraj.
  • Jangkitan yis (kulat vagina): Merupakan punca utama kegatalan pada faraj. Hamil, penggunaan antibiotik yang berpanjangan dan kencing manis yang tidak terkawal kerap dikaitkan dengan jangkitan yis. Selain dari gatal-gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebabkan berlakunya keputihan tebal yang  berupa seperti keju yang melekat pada seluar dalam anda.

2. Menopos

Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh membawa kepada gatal-gatal dan ketidakselesaan.

3. Penggunaan Bahan Kimia


Sekiranya ada kerap menyapu krim pada faraj atau mencuci faraj dengan bahan wangian, anda akan kerap mengundang jangkitan kuman kerana ia mengganggu keseimbangan flora dalam faraj dan seterusnya menyebabkan anda kerap rasa gatal. Contoh bahan kimia ini termasuk pencuci feminin, sabun wangi, pantiliner wangi, krim haruman dan sebagainya.

4. Alergi


Alahan pada sabun, kertas tandas wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebakan kegatalan faraj.

5. Liken sklerosis


Ini adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Liken sklerosis ialah kejadian tompok putih nipis membentuk pada kulit, terutama di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan gatal pada faraj.

Bagaimana ia dirawat?


Rawatan bergantung sepenuhnya punca kepada masalah ini.
Jangkitan kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik seperti metronidazole.
Jangkitan yis dirawat dengan ubat antikulat. Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Doktor juga mungkin akan memberikan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan.
Sekiranya kegatalan disebabkan oleh menopos, rawatan menggunakan krim estrogenmungkin boleh mengurangkan simtom ini.
Krim steroid boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.
Sekiranya masalah kegatalan ini melibatkan remaja yang masih muda, penyiasatan yang mendalam haruslah dilakukan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda penderaan seksual.


Cara pencegahan

  • Elakkan dari memakai bahan kimia pada faraj. Ini termasuklah kertas tandas wangi, 
krim faraj, semburan/cucian feminin dan membilas faraj dengan kerap. Ia juga boleh membuatkan anda alergi pada bahan kimia tersebut.
  • Gunakan air paip biasa. Elak dari menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan faraj dan membunuh flora baik dalam faraj.
  • Sentiasa mengelap faraj dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
  • Pakai seluar dalam berasakan kapas (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam anda dengan lebih kerap.
  • Jangan sekali-kali douche (membilas faraj dalaman anda).
  • Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk mencegah penyakit kelamin.
  • Gunakan ubat pelincir yang selamat semasa hubungan seks. Adalah disyorkan menggunakan Gel KY kerana ia berasaskan air.
  • Elak melakukan hubungan seks sehingga anda betul-betul baik dari jangkitan tersebut.
  • Jangan menggaru dengan kuat di kawasan yang gatal kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan menjadi semakin teruk.



Bagaimanakah Virus Human Papilloma (HPV) Menyebabkan Kanser Pangkal Rahim?

Image result for virus jangkitan pangkal rahim

Apabila wanita terdedah kepada virus Human Papillomavirus (HPV), secara semula jadi sistem imun badan akan cuba mencegah virus ini daripada membiak dan memberikan  kemudaratan yang serius pada badan wanita.

Walau bagaimanpun bagi sebilangan kecil wanita, virus kekal hidup sehingga bertahun-tahun pada pangkal rahim dan seterusnya menukar sel-sel normal pada permukaan serviks menjadi sel kanser.
Pada mulanya sel-sel ini menunjukkan tanda-tanda jangkitan HPV tanpa menunjukkan perubahan ketara pada ujian Pap. Tetapi lama kelamaan ia akan berubah menjadi sel Pra Kanser. Sel Pra Kanser boleh hilang secara spontan bagi kebanyakan kes tetapi segelintir dari sel ini akan berubah menjadi sel kanser sebenar.
Kajian setakat ini masih gagal memahami mengapa sesetengah wanita lebih cenderung menghidap kanser pangkal rahim tetapi mereka yang menghisap rokok atau mempunyai berat badan yang berlebihan lebih cenderung untuk mendapat kanser.

Terdapat dua jenis vaksin HPV di pasaran – Cervarix dan Gardasil yang boleh memberikan perlindungan daripada beberapa jenis HPV paling berbahaya.

Jika anda aktif secara seksual, cara terbaik untuk mencegah HPV dan jangkitan kelamin 
lain adalah untuk kekal dalam hubungan seks saling monogami dengan pasangan yang tidak dijangkiti. Jika tidak, pakai kondom setiap kali berhubungan. Buat ujian pap secara rutin untuk mempastikan anda bebas dari kanser pangkal rahim.


Friday 17 August 2018

Organ dalaman janin sedang membentuk ketika 9 minggu hamil

Perkembangan janin ketika berada di usia 9 minggu atau dua bulan kehamilan. Ketika ini ibu akan mengalami fasa morning sickness seperti mual, muntah, pening dan sebagainya

Tak sangka sekarang tubuh anda sedang membawa ‘orang baru’ di dalamnya. Malah usianya juga sedang melalui perkembangan janin 9 minggu atau sudah dua bulan berada dalam kandungan ibunya. 
Pasti ada yang teruja apabila scan dan ultrasound dilakukan pada bayi. Selain tak sabar untuk mengetahui perkembangan si kecil yang positif. 
Mari kita lihat apa lagi perkembangan janin 9 minggu ini. 

Perkembangan janin 9 minggu 

perkembangan janin 9 minggu, perkembangan janin minggu 9 , perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan bayi minggu sembilan, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 9, tumbesaran janin minggu kesembilan, tumbesaran janin minggu kesembilan, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 
Pada tumbesaran dan perkembangan janin 9 minggu ini anda akan dapat rasai kehamilan anda sedang membesar dengan sempurna. 
  • Kini anda dapati si kecil anda bukan berbentuk embrio tetapi sudah bertukar menjadi janin manusia yang sedang bernafas dan berkembang dalam kandungan. 
  • Ciri-ciri wajahnya juga membentuk dengan cepat. Kepala dan lehernya lebih tegak malah dapat dilihat melalui imbasan scan. 
  • Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound yang dipakaikan oleh pakar ginekologi. 
  • Organ lain seperti hati, injap dan limpa sedang berkembang.
  • Puting dan anak rambut mula membentuk. 
  • Ketika ultrasound dilakukan si kecil ini mungkin melakukan beberapa tindakan seperti menggerakkan tangan dan kakinya tetapi ia masih terlalu awal untuk merasakan pergerakan yang lain. 

Simptom dalam perkembangan janin 9 minggu 

perkembangan janin 9 minggu, perkembangan janin minggu 9 , perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan bayi minggu sembilan, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 9, tumbesaran janin minggu kesembilan, tumbesaran janin minggu kesembilan, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 
  • Morning sickness menganggu urusan anda sepanjang hari. Tapi ada sebilangan ibu yang tidak mengalaminya, wah, beruntung sungguh! Namun ia akan hilang apabila kandungan mencecah tiga bulan ke atas. 
  • Sebilangan ibu akan mengalami keletihan, tidak boleh memberi tumpuan, kehilangan selera makan atau mungkin penurunan berat badan. Hal ini kerana, badan sedang sesuaikan diri dengan bayi yang baru berkembang di dalamnya. 
  • Perubahan mood juga akan berlaku dalam minggu ini. 

Penjagaan kehamilan 

  1. Doktor akan menetapkan beberapa vitamin kehamilan seperti asid folic dan zinkcofer bagi membantu badan menambahkan keperluan nutrien tambahan supaya bayi membesar dengan sihat. 
  2. Jadi dalam perkembangan janin 9 minggu ini, ibu harus mendapatkan panduan pemakanan yang lebih berkhasiat seperti memperbanyakkan sayuran, buah-buahan dan minum air kosong setiap hari. 
  3. Selain itu, ibu juga boleh minum jus buah segar dan sup yang sihat sebagai penambah elektrolit yang hilang. 
  4. Jika mengalami mual yang teruk boleh dapatkan bantuan dengan pakar ginekologi untuk mengatasinya. 

Semakan

perkembangan janin 9 minggu, perkembangan janin minggu 9 , perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan janin minggu kesembilan, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan bayi minggu sembilan, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 9, tumbesaran janin minggu kesembilan, tumbesaran janin minggu kesembilan, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 
  • Memakai pakaian yang longgar dan seluar yang sesuai untuk ibu mengandung. 
  • Boleh memikirkan tentang cuti bersalin terutama ibu yang bekerja berdasarkan tarikh due date. 
  • Anda mungkin mengalami sengal-sengal di bahagian abdomen kerana bayi semakin membesar tapi itu adalah normal. 
Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan anda. 

Organ dalaman janin sedang membentuk ketika 9 minggu hamil

HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!

Wabak virus HFMD semakin tular hingga turut memberi kesan pada penjaga dan ibu bapa.Ini 10 rawatan semula jadi yang boleh mengubatnya.

Kini tengah tular virus HFMD atau Hand Food Mouth Diseaseyang semakin hangat diperkatakan. Malah, ramai kanak-kanak dijangkiti penyakit ini. 
Tapi, virus HFMD semakin merebak dengan teruk hingga membimbangkan apabila ia turut merebak pada orang dewasa. 
Simptom dan gejala virus HFMD pada orang dewasa sama saja seperti kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD ini seperti demam ringan, hilang selera makan, ruam di bahagian tapak tangan , kaki dan ulser di dalam mulut. 
Walau apapun, virus HFMD harus dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia  boleh membawa maut. 

Virus HFMD merebak pada orang dewasa – seorang ibu jadi mangsa

Semalam, suami kepada wanita ini berkongsi gambar isterinya yang dijangkiti virus HFMD dari anak mereka yang sudah dijangkiti sebelum ini. 
Isterinya mula mengalami simptom tersebut selepas beberapa hari.

virus HFMD
Menurut perkongsian Dr. Iqbal Rosali, virus HFMD bolehdijangkiti orang dewasa terutama ibu yang masih menyusu badan pada anak. Secara tak langsung, virus tersebut menular melalui air liur anak yang dijangkiti. 
Malah, jika orang dewasa terkena penyakit ini, ia dua kali ganda lebih teruk berbanding kanak-kanak. 
Bagi langkah berjaga-jaga, Dr. Iqbal menyediakan dua botol pencuci Dettol, sebotol hand sanitizer Dettol dan tisu basah Dettol untuk mencegah virus HFMD ini dari terus berjangkit pada seisi keluarganya yang lain. 

Doktor yang merawat pesakit HFMD akan melihat tiga perkara ini iaitu 

  • Umur pesakit yang dijangkiti 
  • Tanda-tanda dan simptom HFMD yang dijangkiti 
  • Kemunculan bintik merah atau cacar air yang melepuh di sekitar kawasan anggota tubuh yang terlibat.
  • Lokasi yang berkemungkinan terkena virus tersebut 

Apa rawatan untuk kes virus HFMD ini?

Virus HFMD tiada spesifik rawatan. Tapi biasanya, ibu bapa perlu membersihkan rumah selama 10 hari supaya virus tidak merebak secara berterusan. 
Namun, doktor akan beri beberapa jenis ubat bagi mencegah virus HFMD dan supaya pesakit kembali sembuh.
Antara ubat yang diberikan seperti acetaminophen, Tylenol, Advil, Motrin, ibuprofen dan lain-lain yang bersesuaian bagi penyembuhan.
Namun, ada beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat dan mencegah  HFMD ini. Antaranya ialah:

  • Mengamalkan minuman sejuk atau ais supaya tekak lebih selesa. 
  • Makan ais krim
  • Elakkan makanan berasid
  • Elakkan makanan masin dan pedas
  • Makan makanan ringan untuk elak banyak mengunyah 
  • Bilas mulut dengan air suam selepas makan 

10 rawatan semula jadi bagi merawat virus HFMD 

#1 Ais kiub kelapa 

virus HFMD, hfmd, makanan untuk HFMD, penyakit HFMD, hfmd pada bayi, makanan untuk penyakit hfmd, cara menyembuhkan penyakit hfmd, anak kena penyakit hfmd, punca hfmd, hfmd malaysia, rawatan hfmd, hfmd, gejala hfmd, rawatan semulajadi hfmd, apa itu hfmd, penyakit tangan kaki mulut
Dehidrasi merupakan tanda-tanda HFMD kerana luka melepuh dalam mulut. 
Air kelapa sejuk boleh bantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan itu. Malah ia merupakan cara semula jadi yang bagus bagi mengelak dehidrasi.

#2 Makan sup 

Sup panas boleh membantu tubuh pulih dari serangan virus HFMD. 

#3 Bilas mulut selepas makan 

Campurkan 1/2 garam dalam segelas air. Kemudian, basuh dan cuci mulut secara berulang. Garam membantu seimbangkan tahap PH dan menyokong sistem imun badan.

#4 Minyak kelapa 

Minyak kelapa bagus untuk mempercepatkan penyembuhan. Kandungan antimikrob dan antiviral dalam minyak kelapa boleh memberi kelegaan dan mencegah penyebaran penyakit. 

#5. Bone Broth

virus HFMD, hfmd, makanan untuk HFMD, penyakit HFMD, hfmd pada bayi, makanan untuk penyakit hfmd, cara menyembuhkan penyakit hfmd, anak kena penyakit hfmd, punca hfmd, hfmd malaysia, rawatan hfmd, hfmd, gejala hfmd, rawatan semulajadi hfmd, apa itu hfmd, penyakit tangan kaki mulut
Bagi memastikan pemakan yang sihat, amalkan sup tulang ini. Kandungan kalogen yang tinggi dalam sup tilang membantu penyembuhan kulit supaya kembali sihat. 

#6. Minum teh rooibos 

Teh rooibos memang terkenal sebagai anti radang semula jadi yang kuat bagi mempercepatkan penyembuhan melawan virus HFMD.
Malah, ia turut diperakui oleh kajian yang mengatakan teh rooibs boleh menghalang influenza A dan Enterovirus. 

#7 Herba Echinacea 

Mungkin anda pertama kali dengar nama herba ini, kan? Tapi ramuan herba Echinacea paling kuat dan berkesan dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Selain anti radang, ia memperbaiki masalah kulit dan melawan jangkitan. 

# 8 Minyak pati lemon

Minyak pati lemon bagus untuk menyokong tindak balas sistem imun. Jika digunakan secara terus, ia dapat sembuhkan masalah kulit.

#9 Minyak lavender

virus HFMD, hfmd, makanan untuk HFMD, penyakit HFMD, hfmd pada bayi, makanan untuk penyakit hfmd, cara menyembuhkan penyakit hfmd, anak kena penyakit hfmd, punca hfmd, hfmd malaysia, rawatan hfmd, hfmd, gejala hfmd, rawatan semulajadi hfmd, apa itu hfmd, penyakit tangan kaki mulut
Apabila dijangkiti HFMD, pastinya tidur malam akan terganggu.
Tapi dengan menggunakan minyak lavender kemudian meresap dalam bilik mampu membuatkan tidur lebih selesa. 

#10 Minyak bunga cengkih

Minyak bunga cengkih ini mempunyai kandngan antiviral, antiseptik dan anti radang kulit. Sebab itu, minyak ini popular untuk merawat HFMD ini.
Caranya, titiskan satu minyak ini di dalam mulut bagi kurangkan rasa sakit. Namun begitu, minyak ini tak boleh digunakan pada bayi dan ibu hamil. 
Dengan perkongsian rawatan semula jadi ini, diharap ia dapat bantu anda yang sedang melawan virus HFMD. Semoga penyakit berkurangan dan anda cepat sembuh.
Selain itu amalkan gaya hidup yang sihat serta sentiasa beringat ketika membawa anak-anak keluar ke tempat yang berisiko untuk dijangkiti wabak ini. Semoga memberi manfaat. 

5 jenis bentuk normal faraj wanita

Jom lihat apa perbezaan 5 jenis bentuk faraj wanita ini. Sambil menambah ilmu, kita juga mampu lebih kenal diri sendiri dan mencintai anggota badan kita!

Bentuk faraj wanita – mana yang normal mana tidak?

Setiap wanita mempunyai bentuk faraj wanita yang berbeza-beza. Sayangnya, tak banyak wanita yang menyedari tentang keunikan setiap jenis kemaluan wanita ini.
Anggapan bahawa perbualan tentang organ intim sebagai sesuatu benda yang taboomembuatkan sebahagian besar wanita tidak berpeluang untuk mengenali dan mempelajari tentang anatomi dan bentuk farajnya sendiri.
Namun hari ini, kami akan berkongsi pada anda tentang 5 jenis bentuk faraj wanita yang normal melalui pemerhatian seorang pakar yang bekerja di salon waxing, Mel (bukan nama sebenar).
Bagi Mel, tidak salah untuk para wanita memahami jenis, bentuk dan fungsi faraj bagi lebih mencintai dirinya sendiri. Malah, kalau kita yang tak study tentang hal ini, siapa lagi?
Sebelum kita mengenalpasti 5 jenis bentuk faraj wanita ini, mari selami anatomi faraj ini dulu.
Vagina (atau lebih dikenali sebagai faraj) terdiri daripada beberapa bahagian yang membawa fungsi masing-masing. 
faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal
Kredit: news.bounce.ng
Antara bahagian tersebut adalah:
  • Vulva: Atau juga dipanggl vagina. Ia bahagian luar keseluruhan vagina
  • Labia Majora: Bibir luar faraj wanita yang sentiasa dinaiki bulu kemaluan. Tugas labia ini untuk melindungi vagina
  • Labia Minora: Atau dipanggil bibir dalam faraj. Ramai wanita yang bimbang tentang bentuk bibir faraj ini kerana ia mungkin tak simetrik, namun benda itu sebenarnya normal.
  • Klitoris: Atau biji kelentit, yang memiliki hampir 8,00 sel saraf. Ini bermaksud ia amat sensitif dan jika dirangsang, mampu membuatkan wanita mencapai orgasma
  • Urethra: Lubang di mana kencing keluar. Ia betul-betul di bawah klitoris.

5 jenis bentuk faraj wanita: Anda punya yang mana?


Bentuk faraj wanita #1: Barbie

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Pernah tak anda bermain dengan patung Barbie kecil-kecil dulu? Kalau anda perasan, kawasan intim si Barbie itu seakan-akan tersembunyi dan nampak rapi saja, kan?
Jangan tidak tahu, tapi memang ada bentuk faraj wanita seperti ini! Jenis faraj seakan Barbie akan menunjukkan yang labia minora (bibir dalam faraj) kelihatan tersembunyi di sebalik labia majora (bibir luar).
Jenis seperti ini jarang ditemui, namun bentuk faraj wanita seakan Barbie dianggap bentuk paling klasik dan normal.

Bentuk faraj wanita #2: Seakan tirai

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal
Ini adalah bentuk faraj yang paling umum ditemui. Kebanyakan wanita akan memiliki jenis faraj ini di mana bibir dalam faraj seakan terkeluar lebih daripada labia majora.
Meskipun begitu, bibir dalam faraj tersebut mungkin bukan dalam bentuk simetris dan ia normal!

Bentuk faraj wanita #3: Si chubby (tembam)

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal
Bentuk vagina ini seakan-akan faraj seperti patung Barbie. Namun, yang membezakannya adalah faraj si chubby akan lebih tembam.
Malah, bibir faraj juga seakan tergantung rendah di tulang kemaluan. Seperti namanya, kawasan bibir vagina lebih tembam dan bibir dalam vagina akan termasuk ke dalam.

Bentuk faraj wanita #4: Dewi Tulip

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal
enis faraj yang lain dari lain ini digelar sebagai Dewi Tulip kerana ia seolah-olah bunga tulip yang sedang berkembang.
Wanita dengan bentuk vagina seperti ini akan memiliki labia minora yang lebih sedikit di antara labia majora. 
Ia juga seakan-akan faraj jenis tirai, namun lebih tersembunyi.

Bentuk faraj wanita #5: Seakan ladam kuda

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal
Sementara itu, wanita yang memiliki faraj seakan ladam kuda mempunyai area vagina yang lebih lebar di bahagian atas.
Ini bererti labia minora mereka akan lebih tersembul dan boleh dilihat.
Labia majora mereka pula akan tertutup seakan ladam kuda.

MARI BELAJAR : pemakaian skincare dan alat kosmetik

Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu,  cleanser ,  toner  dan  moisturizer ...