Wednesday 24 October 2018

RUMAH TANGGA BAHAGIA

Mari ketahui cara bagaimana untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia serta rasa sayang.




Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita?

Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah



Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh.



1. LETAKKAN PASANGAN SEBAGAI NOMBOR SATU

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain.
Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.
Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2. BUAT PASANGAN RASA DIHARGAI

Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari. Bangun pagi semasa kejutkan dia , cium pipi dan ucapkan “I love you” pada telinganya, insya-allah pasangan itu akan bangun dengan hati yang gembira.
Bila pasangan itu mahu pergi kerja sediakan bekal nya atau sarapan nya, dan tulis dalam kertas kecil dengan ayat yang jiwang , dengan senang hati si dia menjamu selera dengan baik dan tersenyum lebar semasa makan.
Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.

Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.

3. JANGAN SIMPAN PERASAAN DALAM HATI

Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.
Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Lambat laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.
Berkomunikasilah secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham. Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Hati pun berasa lega, kan?

4. JANGAN PERKECILKAN PASANGAN

Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak atau orang lain.
Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.
Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan isteri masing-masing.
Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.'



5. BUAT PASANGAN RASA DISAYANGI  DAN DIRINDUI SELALU

Bagaimana caranya untuk membuatkan suami atau isteri kita rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas.
Masyarakat kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.
Faham-faham sendiri sajalah.”
Malu aih orang dengar. Kita ni dah tua”
Ini adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang.
Tunjukkan juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.

6. BANYAKKAN BERDOA UNTUK PASANGAN

Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.
Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!
Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!



AMALKAN CARA RUMAH TANGGA BAHAGIA DAN NIKMATI PERKAHWINAN YANG HARMONI



Semua sikap romantis ini pasti dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kini, tiada lagi sebab mengapa pasangan anda perlu mencari cinta lain di luar sana.


Ibu ayah pula bagaimana? Adakah anda ada tip peribadi bagi mengekalkan perkahwinan yang harmoni dan gembira? Mari berkongsi cerita di ruang komen ya!

Thursday 27 September 2018

Suami isteri berbalah, siapa mengalah?




Isteri mininggi suara, suami pun tinggi suara. Sampai bila nak selesai sekiranya setiap kali berselisih pendapat atau berlaku pertengkaran antara suami isteri, masing-masing berjuang nak membuktikan siapa betul dan siapa salah.
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri"



Memang perkara biasa dalam rumahtangga akan berlaku perselisihan faham antara suami isteri.   Bagaimana anda mengawal situasi tersebut supaya tidak melarat dan menyababkan hubungan suami isteri menjadi lebih tegang.

Dalam sutuasi tegang ini, mesti ada satu pihak yang pandai mengawal keadaan dengan mengalah atau beralah. Ingat BERALAH BUKAN BERMAKNA KALAH
SIAPA YANG PATUT MENGALAH? SUAMI ATAU ISTERI?

Ada cara yang lebih baik supaya pertengkaran anda dengan isteri tidak berpanjangan. Ada beberapa taktik dan teknik supaya anda dapat mengurangkan ketegangan ketika itu. Siapa perlu mengalah?Bergantung kepada siapa yang memulakan perbalahan atau siapa yang menjadi punca perbalahan. Untuk anda mengalah, ketepikan dulu siapa benar dan siapa salah.


1.Berhenti daripada berkata "awakalah itu","awaklah ini"," sebab awaklah"
Berhenti dari menggunakan istilah "awak tak pernah", "awak ni selalu","awak ni lansung tak". Sebab dengan perkataan ini, pasangan anda akan lebih merasakan anda cuba memalukannya dan meletakkan kesalahan terhadapnya. Sebaliknya gantikan perkataan "awak" kepada "saya" seperti "Saya rasa kecewa kalau.." atau "saya rasa seperti..". Kalau anda sebagai seorang suami guna perkataan "abang". Anda tidak akan dipersalahkan sebab anda menggunakan perkataan yang menggambarkan perasaan anda dan bukan membuat tuduhan kepada isteri.


2. Dengar dulu apa yang nak di sampaikan
Apabila anda dengar isteri atau suami anda mengeluarkan kata kata yang agak pedas, jangan balas balik,   tapi beri peluang pasangan anda untuk habiskannya dahulu. Sebab apabila kita tidak mahu mendengar dahulu, kita selalunya akan berhujjah semata-mata untuk menang sahaja. Sebaliknya apabila berlaku pertengkaran, beritahu pasangan anda "saya nak dengar apa yang awak nak luahkan".apabila pasangan anda tahu bahawa anda memberi peluang kepadanya , dia pasti akan melembutkan suara.


3. Tunjukkan yang anda tahu perasaan pasangan anda
Setiap kali berselisih faham, biasanya anda atau pasangan secara sendirinya akan mengulangi menyebut kesalahan-kesalahan yang lampau. Jangan sekali-kali mengulang cerita lama, sebaliknya anda boleh kata "saya faham apa yang awak maksudkan walaupun saya tak bersetuju", " boleh tak kita bincang?". Buat pasangan anda merasakan bahawa anda mengetahui perasaannya.


4. Buat jenaka 
Buat jenaka kadang-kadang boleh meredakan ketegangan.Tetapi anda haruslah pastikan perkara tersebut telah mula tenang. Kadang -kadang jenaka boleh memburukkan lagi keadaan sebab pasangan anda akan rasa tidak dihormati dan dipermainkan. Pastikan keadaan sudah mula tenang dah terkawal untuk anda berjenaka. Buatlah pasangan anda ketawa sebab dengan ketawa akan menceriakan hati pasangan.


5. Cari masa yang sesuai untuk berbincang
Sekiranya pasangan anda sudah benar-benar mahu memulakan perbalahan, dan anda rasa waktu tersebut akan membuatkan keadaan akan bertambah buruk, cari jalan supaya anda boleh berbincang pada masa lain.Katakan "ok saya dah tahu apa masalahnya.bolahtak kita bincang perkara ini selepas saya pikir masak-masak  tentang perkara ini". Apabila anda kembali untuk berbincang pada masa lain, pasti keadaan akan lebih tenang dan lebih mudah anda menyelesaikan segala masalah.


6. Jangan tinggikan suara.
Sekiranya pasangan anda sedang meninggikan suara, jangan sekali-kali meninggikan suara juga. Sebab anda akan menyebabkan pertengkaran anda berlanjutan sampai hari esok. Sekiranya anda yang meninggikan suara dan pasangan anda berkata "janganlah menengking", anda perlu ikut nasihatnya, dan pasangan akan rasa dihormati dan akan membuka peluang kepada anda untuk meluahkan perasaan anda. Sebaliknya jika pasangan anda yang meninggikan suara , katakan kepadanya " boleh tak awak jangan menengking, supaya saya faham apa yang awak nak cakap".


7. Tanya soalan yang betul
Sekiranya secara tiba-tiba pasangan anda marah-marah, sudah tentu ada perkara yang mengganggu perasaannya. Tanyalah kepada pasangan anda "apa yang membuatkan awak marah-marah ni" atau" janganlah marah-marah, cuba ceita".Dengan bertanya soalan-soalan ini, pasangan akan berasa anda mengambil berat tentang dirinya. Dia akan secara sendirinya akan bercerita masalahnya kepada anda dengan baik.


8. Memohon maaf
Sekiranya anda rasa andalah punca perbalahan itu, segeralah minta maaf pada waktu tersebut. Kerana mohon maaf segera membuktikan anda betul-betul ikhlas. Jangan sekali-kali menagguhkan memohon maaf pada masa lain. sekiranya perbalahan itu bukan sisebabkan oleh pasangan anda, pun tidak salah anda memohon maaf, sebab anda juga terbabit dalam pertengkaran tersebut.


9. Usahakan agar anda boleh melakukan hubungan seks selepas semuanya kembali tenang
Hubungan seks adalah salah satu cara bagaimana melepaskan perasaan gelisah selepas bertengkar. Tapi bukan setiap kali bertengkar, anda perlu akhiri dengan hubungan seks. Pastikan segala isu yang timbul sudah anda berdua selesaikan. Rapatkan kembali hubungan anda dan lupakan perbalahan sebelum ini.


10. Selesaikan dengan baik
Selepas segala isu sudah anda selesaikan dan keadaan emosi anda berdua kembali tenang, hargailah pasangan anda. Katakan kepada pasangan anda bahawa anda rasa lega setelah selesai berbincang dan jangan ungkit lagi isu tersebut pada masa akan datang.Cuba sedaya upaya perbaiki kesalahan anda dan tunjukkan kepada pasangan suami atau isteri anda bahawa anda berusaha berubah.
Selamat mencuba...

Wednesday 26 September 2018

APA ITU SAKIT URTI ??


ASSALAMUALAIKUM..

hai semua.. saya just nak share kat sini pernah tak korang pergi klinik mintak mc dekat dokter , mc tersebut tulis sakit "URTI" ?? saya pon tertanya -tanya apa yang saya sakit sampai dia tulis ' URTI' , saya google la lepas balik klinik tu untuk tahu sakit saya..

maklumla.. selama ni tak pernah pula dengar nama URTI ni.. 

Urti? Apakah Itu? 

Related image

Urti Adalah Singkatan Daripada Perkataan Inggeris Yang Bermaksud   " 
upper Respiratory Tract Infection ". Dalam Bahasa Melayunya Adalah jangkitan Salur Pernafasan Atas. Jangkitan Ini Memang Sangat Lazim Berlaku Di Negara-Negara Beriklim Khatulistiwa Kerana Cuacanya Yang Panas Dan Lembap Sepanjang Tahun Menyebabkan Kuman Ini Senang Menjangkiti Kita.

Tanda Dan Gejala.
Related image

Kebanyakkan Daripada Mereka Yang Dijangkiti Penyakit Ini Akan Mengalami:
Selesema
Sakit Tekak/Kerongkong
Hidung Berair
Sakit Telinga/ Telinga Keluar Cecair
Demam 
Extra Info: Kepada Para Ibubapa, Sekiranya Anak-Anak Anda Yang Berusia Bawah 5 Tahun Menghadapi Gejala Seperti Atas, Sila Kejarkan Mereka Ke Klinik Berhampiran Dengan Segera. Kerana Kanak-Kanak Mempunyai Imunisasi Yang Lemah Dan Mencetus Kuman Ini Membiak Dengan Progresifnya. Mereka Mungkin Mendapat Penyakit Bronchopneumonia Atau Lebih Teruk Lagi Meningitis Dan Seterusnya Boleh Membawa Maut.

Related image

Nampak je batuk & selesema, tapi serius, sampai tak boleh buat kerja. Ni campur demam yang kebah tak kebah.. sakit kepala macam nak pecah , pergi kerja pun takat cukup syarat je padahal kepala otak dah takleh pikir. Doktor bagi sehari je Cuti Sakit ,, so the best way bila kena URTI ialah berehat, jaga makan, jaga pergaulan, jaga kebersihan dan jaga diri..

jangan biarkan sakit tu lama-lama, pergi jumpa dokter dan mintak ubat antibiotik supaya kita elak jangkitan kuman tu , bahaya jangan buat main- main walau nampak biasa je. sayang diri sendiri. 

nampaknya ini saje saya dapat ceritakan sebab saya masih perlukan rehat ,, demam yang masih belum kurang lagi, kesian kan.. ok byee...








Monday 27 August 2018

HOMEWORK UNTUK KANAK-KANAK

saya bukan cikgu.,, tapi sata suka mengajar kanak-kanak, saya sanggup sediakan alatan untuk dorg belajar sekali dengan homework .. bagi saya sangat bahagia, dpt mengajar  mereka..  satu ketika dahulu pernah saya mengajar ambil kelas tusyen pasang table.. ala belajar dekat kedai je.. dari pukul 8 sampai pukul 10,30.. sekejap..tapi bermakna... saya ajar math , mewarna, bm, ni.. sains.. ape yang saya tahu .. maklum la nak ajar lebih saya sekolah pun bukan dapat A++ , sedihkan..  bantaila... asalkan dorg faham apa saya ajar..

ini homework untuk kanak-kanak tadika . mana nak ambil copy di persilakan.. just save imej je..



















Sunday 26 August 2018

Haid Tidak Teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
period tak teraturSekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ? 

Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.

Punca Haid tidak teratur

Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.

Faktor-Faktor lain


SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).

Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.
MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.

Jumpa Doktor Anda

Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.

Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi)  secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.

Rawatan Haid tidak teratur

Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.

Sebab Faraj Gatal dan Pedih

gatal

Gatal-gatal atau pedih pada mana-mana anggota atau bahagian badan kerap terjadi dan boleh memberikan rasa tidak selesa. Sekiranya ia terjadi pada kawasan yang sensitif seperti faraj dan kawasan sekitarnya, ketidakselesaan amat ketara.

Gatal kemaluan sekiranya terjadi jarang-jarang adalah sesuatu yang normal tetapi apabila menjadi semakin kerap, elok berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda-tanda jangkitan kuman.

Apa yang menyebabkan kegatalan pada faraj?

Terdapat beberapa punca yang kerap dikaitkan dengan masalah ini termasuk:

1. Jangkitan kuman

  • Jangkitan bakteria vaginosis. Persekitaran faraj yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang menjaga faraj dari jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan memberikan masalah. Selain dari gatal-gatal, gejala-gejala lain termasuk keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutama selepas melakukan hubungan seks.
Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhea adalah  semua punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal pada faraj.
  • Jangkitan yis (kulat vagina): Merupakan punca utama kegatalan pada faraj. Hamil, penggunaan antibiotik yang berpanjangan dan kencing manis yang tidak terkawal kerap dikaitkan dengan jangkitan yis. Selain dari gatal-gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebabkan berlakunya keputihan tebal yang  berupa seperti keju yang melekat pada seluar dalam anda.

2. Menopos

Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh membawa kepada gatal-gatal dan ketidakselesaan.

3. Penggunaan Bahan Kimia


Sekiranya ada kerap menyapu krim pada faraj atau mencuci faraj dengan bahan wangian, anda akan kerap mengundang jangkitan kuman kerana ia mengganggu keseimbangan flora dalam faraj dan seterusnya menyebabkan anda kerap rasa gatal. Contoh bahan kimia ini termasuk pencuci feminin, sabun wangi, pantiliner wangi, krim haruman dan sebagainya.

4. Alergi


Alahan pada sabun, kertas tandas wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebakan kegatalan faraj.

5. Liken sklerosis


Ini adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Liken sklerosis ialah kejadian tompok putih nipis membentuk pada kulit, terutama di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan gatal pada faraj.

Bagaimana ia dirawat?


Rawatan bergantung sepenuhnya punca kepada masalah ini.
Jangkitan kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik seperti metronidazole.
Jangkitan yis dirawat dengan ubat antikulat. Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Doktor juga mungkin akan memberikan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan.
Sekiranya kegatalan disebabkan oleh menopos, rawatan menggunakan krim estrogenmungkin boleh mengurangkan simtom ini.
Krim steroid boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.
Sekiranya masalah kegatalan ini melibatkan remaja yang masih muda, penyiasatan yang mendalam haruslah dilakukan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda penderaan seksual.


Cara pencegahan

  • Elakkan dari memakai bahan kimia pada faraj. Ini termasuklah kertas tandas wangi, 
krim faraj, semburan/cucian feminin dan membilas faraj dengan kerap. Ia juga boleh membuatkan anda alergi pada bahan kimia tersebut.
  • Gunakan air paip biasa. Elak dari menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan faraj dan membunuh flora baik dalam faraj.
  • Sentiasa mengelap faraj dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
  • Pakai seluar dalam berasakan kapas (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam anda dengan lebih kerap.
  • Jangan sekali-kali douche (membilas faraj dalaman anda).
  • Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk mencegah penyakit kelamin.
  • Gunakan ubat pelincir yang selamat semasa hubungan seks. Adalah disyorkan menggunakan Gel KY kerana ia berasaskan air.
  • Elak melakukan hubungan seks sehingga anda betul-betul baik dari jangkitan tersebut.
  • Jangan menggaru dengan kuat di kawasan yang gatal kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan menjadi semakin teruk.



MARI BELAJAR : pemakaian skincare dan alat kosmetik

Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu,  cleanser ,  toner  dan  moisturizer ...