Terdapat banyak jenis keputihan yang dialami wanita setiap hari. Ketahui cara untuk mengenalpasti jenis keputihan mana yang normal dan mana perlu rawatan.
Hari
ini, kita akan membincangkan isu sensitif namun penting iaitu jenis
keputihan wanita (dan juga cara untuk mengenalpasti keputihan yang
menunjukkan masalah).
Kebanyakan
wanita jarang membincangkan topik ini kerana malu berkongsi
kebimbangan peribadi.
Tapi
pasti kalian pernah terfikir kan…
Adakah
keputihan saya normal jika ia warna putih atau kuning? Atau jika
keputihan saya berlendir atau seperti gel? Kenapa keputihan saya
berbau?
Kami
akan menjawab soalan-soalan anda itu di sini.
Hari
ini, kita akan membincangkan isu sensitif namun penting iaitu jenis
keputihan wanita (dan juga cara untuk mengenalpasti keputihan yang
menunjukkan masalah).
Kebanyakan
wanita jarang membincangkan topik ini kerana malu berkongsi
kebimbangan peribadi.
Tapi
pasti kalian pernah terfikir kan…

Keputihan itu apa? Keputihan adalah…
Keputihan
terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks. Keputihan yang
dialami adalah unik pada setiap wanita.
Dan
keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk memastikan faraj
sihat.
Biasanya,
keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak ada sebarang
bau.
Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza – kadang-kadang
ia nipis dan berair.
Ada
kalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita akan
bertukar-tukar mengikut kesihatan wanita tersebut dan juga
hari-hari yang berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.
Mari
kita bincang tentang jenis keputihan wanita dan cara untuk
mengenalpasti jika ia normal ataupun tidak.
9 jenis keputihan wanita
Jenis
keputihan #1 Keputihan kering
Juga
dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur
kering, melekit dan menyukarkan
penembusan semasa seks.
Vulva
anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh
anda tidak subur iaitu
7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang
untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak
menggunakanperancang.
Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari
memasuki rahim.

Jenis keputihan #1 Keputihan kering
Jenis keputihan #2 Keputihan bak krim
Apabila
tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan
keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun
basah.
Anda
juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah
pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering. Tempoh ini
biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai
kitaran 28 hari.
Keputihan
ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari
memasuki rahim.

Jenis keputihan #3 Keputihan seperti putih telur
Apabila
semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan
yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda
mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih
telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini
adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari
dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini
adalah masa yang baik untuk bersama pasangan!
Jenis
keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma
berkualiti memasuk
rahim.
Jenis keputihan #4 Keputihan warna putih
Ini
adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat
pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimanapun,
jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa
gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan
yis.
Tanda-tanda
jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan
gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.
Jenis keputihan #5 Keputihan yang licin
Beberapa
hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin.
Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta
menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda
paling subur dalam bulan itu.
Itu
kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang
dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
Jenis keputihan #6 Keputihan jernih dan sangat cair
Antara
semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku
pada bila-bila masa.
Keputihan
ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman
yang berat.
Jenis keputihan #7 Keputihan warna perang atau sedikit berdarah
Sebaik
saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang
berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita
yang biasa.
Ini
adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika
anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan
mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan
yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa
pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi
untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks.
Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak
keraguan itu.

No comments:
Post a Comment